Friday, December 24, 2010

mau join PTD kah?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk memasuki skim Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), jangan malu dan jangan segan, apply saja melalui online di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Insya Allah, dengan usaha yang gigih dan berkat doa, akan berjaya memasuki perkhidmatan ini. Sungguh pun begitu,  saya menasihati agar kawan-kawan rajin-rajin lah mencari seberapa banyak maklumat terutama berkenaan dengan tips-tips peperiksaan PTD. Setelah berjaya mengharungi peperiksaan, satu lagi penilaian akan ditempuhi iaitu PAC, baru lah akan mendapat tawaran untuk di temuduga... Selamat Maju Jaya semua! Jangan rasa rendah diri, tak kira kita berasal dari kampung atau bandar dan bersekolah di mana, yang penting adalah usaha berterusan. Sila rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut.

Pengalaman untuk memasuki skim ini memang best..

1) Exam bertulis PTD : aku lupa masa mau exam ni aku tengah kerja di mana, yang pasti masih di Tawau, tapi examnya di Sandakan. Kenapa pilih Sandakan? mesti ada sebabnya (biarlah rahsia). so gi Sandakan drive kreta kancil 850 kakak aku punya. Smpai sandakan, tumpang rumah kakak angkat. Pagi sblm exam bangun awal, solat dan doa kuat2 & byk2. Pegi exam di Deawan ILP, Sandakan. kat situ jumpa kawan2 lain. Alhamdulillah... selesai amik exam. Beberapa bulan kemudian, result exam tersebut keluar. Punya berdabar time check, check kat CC di Sabindo skitar jam 8 mlm. Yaahooo.....aku LULUS! Gila HAPPY. Time ni jugak trus text my best fren Nur Sheila Saida.
2) PAC :  time PAC ni yang mmg gamble. Sebelum menjalani PAC yang diadakan di Intan, Sabah (Kota Kinabalu), pada waktu sblmnya aku tengah menghadiri kursus utk new job yang aku dpt dan lantikan adalah secara kontrak iaitu kerja Fasilatator Schoolnet. Menariknya, tmpt aku kursus itu ialah di ILP, Sandakan jugak. tmpt aku amik exam bertulis PTD.
So, drpd Sandakan (jumaat ptg) rush gi kk naik flight. PAC nya hari sabtu pagi. Semasa PAC berlangsung, alhamdulillah ku lalui dengan lancarnya, walau tiada kawan, sorang-sorang ke situ ke mari. Dan......... lepas PAC aku balik semula ke Sandakan sbb kreta tinggal situ, then balik Tawau (ahad). Esoknya, Isnin..kena lapor diri di tmpt kerja baru iaitu SK Mentadak Baru (Pulau Sebatik). Memandangkan aku berkerja sbg FS yang mana dipertanggungjwb kan jaga komputer,makmal komputer dan seumpamanya, maka dengan itu, hari-hari jualah aku check keputusan PAC aku. Dan sekali lagi aku dikejutkan dengan keputusan di layar skrin komputer menyatakan bahawa aku....

Tahniah! Anda Lulus!!.. berlari aku balik rumah sewa bagi tahu kat mamak aku.. ALHAMDULILLAH

3) Temuduga PTD : Sesi temuduga ialah step terakhir sblm dilantik jadi PTD. dijadualkan utk ditemudugakan di Sandakan. Dan aku bernasib baik kerna ada kawan yang sudi temani aku ke sandakan. my frens bkn setakat teman di perjalanan, tetapi memberi sokongan moral. Time ni time bulan puasa. Terima kasih pd shbt ku Tinie kerna bersusah payah bangun awal2 pagi semata-mata mau tlg make up kan aku (aku nda pndai make up). Setibanya di bangunan Persekutuan, Sandakan seawal  7.30 pagi hati dan jantung ku berdegup dgn begitu kencang sekali. Ku genggam erat2 tangan dan jari jemari supaya dapat mengurangkan gemuruh yang ku rasai. Calon temuduga ialah sebanyak 3 org, dan aku satu-satunya calon Melayu. masuk bilik interview pukul 8.10 am (lebih kurang la), dan panel interview dua org (sorang lelaki, ketua jabatan & sorang bergelar Datuk drpd SPA). Slps itu, hari-harilah aku menghadap komputer surving internet. Tapi yang bestnya, aku tau result interview melalui telefon sahaja. Inilah antara saat paling indah dalam hidupku, saat aku tahu aku...................................... 

LULUS INTERVIEW PTD!

AKU SANGAT BERSYUKUR KERNA AKHIRNYA BERJAYA MENDAPAT KERJA INI, DAN TERIMA KASEH TIDAK TERHINGGA KEPADA MAMAK KU, YANG BANYAK MEMBANTU, BERI SOKONGAN DAN SEMESTINYA DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS. :)

Selamat semuanya

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1053319&_dad=portal&_schema=PORTAL

batch aku...  3/2009
body rafting jo..best!

sblm misi mengembara