Prestasi Bola Sepak Tempatan pada hari ini boleh di banggakan, kerana melalui kejohanan AFF Suzuki Cup 2010, kita boleh lihat kesungguhan, prestasi dan komitmen pemain-pemain yang beraksi di atas padang semakin meningkat. Lebih membanggakan apabila Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan tersebut pada 26 Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil. Saya sebenarnya tidak begitu arif dan tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang arena bola sepak tempatan, sungguhpun begitu saya amat bangga dengan barisan pemain bola sepak kebangsaan pada hari ini. Apa yang penting adalah, pemain-pemain hendaklah meningkatkan lagi semangat dan prestasi yang dimiliki disamping sokongan moral yang berterusan daripada semua rakyat Malaysia! Syabas juga kepada Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan K.Rajagopal. Malaysia Boleh! Sama-sama kita nantikan dan beri sokongan yang padu pada perlawanan seterusnya yang berlangsung di Indonesia pada 29 Disember 2010. Majulah Sukan Untuk Negara.