Friday, October 12, 2012

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan kursus yang diwajibkan untuk diikuti oleh semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Kursus ini dijalankan selama 28 minggu. Terdapat dua komponen utama terhadap pengisiaan kursus ini iaitu komponen ilmu teras dan komponen pengukuhan diri, dimana komponen yang dilaksanakan ini mencakupi 8 bidang utama tugas PTD. Fokus pembelajaran kursus DPA ialah sikap, kemahiran, dan juga pengetahuan.

Objektif kepada pelaksanaan kursus DPA diadakan ialah:
1) mengenalpasti ciri-ciri Pegawai PTD yang beketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi berkualiti dengan produktiviti yang tinggi;
2) memahami kehendak pelanggan, nilai keinsanan, berhemah tinggi, berbudaya dan berdisiplin serta dapat mengamalkan semangat kerjasama berpasukan yang berterusan melalui sistem latihan yang menyeluruh;
3) menghayati dan memahami konsep kepatuhan kepada agama, taat setia kepada bangsa dan negara;
4) meningkatkan potensi peribadi unggul melalui penganjuran program dan aktiviti DPA; dan
5) memahami ilmu pengetahuan asas pegawai PTD berdasarkan kepada lapan bidang teras skim PTD.

Sehubungan itu, aku dikehendaki mengikuti kursus ini yang diadakan di INTIM, Kemaman, Terengganu. Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir tiga tahun berkhidmat, ku harungi jua kursus ini. Sekiranya aku berjaya dalam kursus ini, maka akan maju lagi setapak ke hadapan dalam kerjaya yang diceburi . Hopefully semuanya selamat.



Hari Lapor Diri - 1 Oktober 2012

Longsuit wajib pakai setiap hari Ahad, sbb kursus dijalankan di Terengganu, so ahad kira mcm hari Isnin

Bersukan merupakan aktiviti rutin sepanjang kursus. Setiap petang akan diadakan aktiviti senaman/sukan.





Saturday, September 29, 2012

Prestasi Ekonomi 2012 Dan Prospek 2013

Kerajaan komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang meskipun dalam persekitaran global yang tidak menentu dan mencabar. Asas ekonomi yang kukuh serta disokong oleh sistem monetari akomodatif telah membolehkan ekonomi negara berada di landasan teguh. Dalam tempoh separuh pertama 2012, ekonomi negara tumbuh pada kadar 5.1% didorong, terutamanya oleh kekukuhan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta. Negara terus menerima kemasukan pelaburan langsung asing bersih berjumlah 13.6 billion ringgit selaras dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.

Bagi keseluruhan tahun 2012, walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia sederhana, pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang kukuh pada kadar 4.5 hingga 5 peratus. Pertumbuhan ini dipacu oleh pelaburan swasta sebanyak 11.7 peratus atau mencapai 127.9 billion ringgit. Prestasi ini jauh lebih besar berbanding jumlah pelaburan sebanyak 81 billion ringgit pada tahun 2009. Trend ini menunjukkan aktiviti pelaburan domestik semakin rancak, terutama dengan pelaksanaan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi. Ini mendorong sektor pembinaan terus melonjak tinggi sebanyak 15.5 peratus berbanding 4.6 peratus pada tahun 2011.

Persekitaran ekonomi domestik yang mantap juga mendorong bursa saham mencatat prestasi yang menggalakkan. Ini terbukti dengan Indeks Komposit Bursa Malaysia yang telah mencecah rekod tertinggi 1,654.11 mata pada 4 September 2012. Nilai modal pasaran telah meningkat sebanyak 44 peratus daripada 999 billion ringgit pada akhir tahun 2009 kepada 1.43 trillion ringgit pada akhir Julai 2012. Pendapatan per kapita pula meningkat kepada hampir 31 ribu ringgit pada tahun 2012 berbanding 25 ribu ringgit pada tahun 2009. Rizab antarabangsa pada 14 September 2012 pula kekal kukuh mencatat 432.2 billion ringgit, mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar jangka pendek.

Pada tahun 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus. Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar nominal dijangka melepasi paras 1 trillion ringgit. Pertumbuhan lebih baik ini didorong oleh pelaburan dan penggunaan swasta sebanyak 13.3 peratus dan 5.7 peratus. Sektor pembinaan dijangka terus meningkat kukuh 11.2 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan pada kadar 5.6 peratus.

(UCAPAN BAJET 2013 OLEH YAB PM)

Thursday, August 2, 2012

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun berkhidmat, akhirnya dipanggil jua untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). DPA ni penting, sbb lepas dah DPA dah boleh sah jawatan dan paling penting boleh tuko ke taraf Pencen, so KWSP nda di potong.Hihihi..

Excited mau pegi DPA, tapi sedih jugak sebab tinggalkan Office dalam keadaan ramai pegawai yang akan bercuti (cuti sambung belajar & bersalin). Semoga boss boleh atasi akan situasi ini.Sebagai persiapan untuk menghadapi DPA ini, banyak perkara yang perlu disediakan dan barang-barang keperluan yang wajib lah utk dibeli. Mari check dulu, sama anggaran kos:

1) Blazer + kain lipat (RM550)       
2) Kasut mahkamah (RM150)        
3) But askar (nda tau brapa harga)
4) Beg gunung (RM200)
5) Berenang baju (RM200) 
6) Ipad (RM2500) Hahaha.. mengada ngada jak ni
7) dll yang difikirkan perlu dikemudian hari

Yahhoooo.. aku gi DPA!




       

Wednesday, August 1, 2012

Persekolahan.. SMK Merotai Besar

kami sayang padanya
kami cinta padanya
tempat kami menuntut ilmu

diatas merupakan sebahagian drpd lirik lagu rasmi SMK Merotai Besar. Heheh.. My secondary school.
Disitu lah antara tempat yang byk menabur jasa kpd ku juga kpd kawan-kawanku.
yang pasti, rindu gila mau 'back to school' mcm dulu-dulu.
rindu sama kawan-kawan.
rindu jugak sama cikgu2.
secara keseluruhannya, rindu pada suasana persekolahan.

Masa jamuan perpisahan tingkatan 5.. kami 5 Sains 2

asika ponteng nda ajak aku?

Dari kiri: Mior, Asbar, Ustazah Samsiah, Mawi, Jamal & Asmadi

gegurl

Akma, Siti Haidah, Asni & my fren Merry (telah memeluk Islam, alhamdulillah)

Tuesday, July 31, 2012

Kewajipan Melakukan Solat

SOLAT.

Apa itu solat?


Solat itu beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Sebelum melakukan ibadah solat, diri hendaklah berada di dalam keadaan suci daripada hadas dan najis. Agama Islam mewajibkan umatnya melakukan solat iaitu 5 waktu sehari semalam:

1) Subuh - 2 Rakaat
2) Zohor - 4 Rakaat
3) Asar - 4 Rakaat
4) Maghrib - 3 Rakaat
5) Isyak - 4 Rakaat

Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai dosa-dosa yang akan diperolehi sekiranya meninggalkan solat seperti di gambar yang tertera.

Bersama-sama lah kita perbaiki diri & Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yang soleh & solehah.Amin....


Ramadhan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..


Antara objektif puasa adalah supaya manusia kembali kepada fitrah kejadian. Fitrah manusia itu ialah bersifat baik dan mulia. Adalah menjadi pengharapan setiap insan di dunia untuk sentiasa menjadi lebih baik lagi. Tidak kira dengan apa kesalahan atau dosa yang telah dilakukan, tetapi jauh di lubuk hati insan itu, ingin menjadi insan atau hamba yang baik di sisi Tuhannya. Betulkan?

Friday, July 6, 2012



Doa ketika Hari Pertama Datang Haid


"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"

Artinya:

"Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa"