Tuesday, July 31, 2012

Kewajipan Melakukan Solat

SOLAT.

Apa itu solat?


Solat itu beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Sebelum melakukan ibadah solat, diri hendaklah berada di dalam keadaan suci daripada hadas dan najis. Agama Islam mewajibkan umatnya melakukan solat iaitu 5 waktu sehari semalam:

1) Subuh - 2 Rakaat
2) Zohor - 4 Rakaat
3) Asar - 4 Rakaat
4) Maghrib - 3 Rakaat
5) Isyak - 4 Rakaat

Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai dosa-dosa yang akan diperolehi sekiranya meninggalkan solat seperti di gambar yang tertera.

Bersama-sama lah kita perbaiki diri & Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yang soleh & solehah.Amin....