Tuesday, July 31, 2012

Kewajipan Melakukan Solat

SOLAT.

Apa itu solat?


Solat itu beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Sebelum melakukan ibadah solat, diri hendaklah berada di dalam keadaan suci daripada hadas dan najis. Agama Islam mewajibkan umatnya melakukan solat iaitu 5 waktu sehari semalam:

1) Subuh - 2 Rakaat
2) Zohor - 4 Rakaat
3) Asar - 4 Rakaat
4) Maghrib - 3 Rakaat
5) Isyak - 4 Rakaat

Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai dosa-dosa yang akan diperolehi sekiranya meninggalkan solat seperti di gambar yang tertera.

Bersama-sama lah kita perbaiki diri & Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yang soleh & solehah.Amin....


Ramadhan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..


Antara objektif puasa adalah supaya manusia kembali kepada fitrah kejadian. Fitrah manusia itu ialah bersifat baik dan mulia. Adalah menjadi pengharapan setiap insan di dunia untuk sentiasa menjadi lebih baik lagi. Tidak kira dengan apa kesalahan atau dosa yang telah dilakukan, tetapi jauh di lubuk hati insan itu, ingin menjadi insan atau hamba yang baik di sisi Tuhannya. Betulkan?

Friday, July 6, 2012



Doa ketika Hari Pertama Datang Haid


"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"

Artinya:

"Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa"